Sunday, April 17, 2016



LAPORAN LATIHAN INDUSTRI  
SESI DISEMBER 2015

POLITEKNIK MERSING JOHOR



PROFIL PELAJAR



                           NAMA                        : MUHAMMAD AIZAT BIN ZULKIFLE
                       
                           PROGRAM                : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
                                                                 (RANGKAIAN)
                       
                           NO. MATRIK             : 25DNS14F1084
                       
                           TEMPAT LATIHAN   : JABATAN KASTAM PASIR GUDANG
                       
                           TEMPOH LATIHAN  :  (30 NOVEMBER - 14 APRIL 2016)

BAB 6 : KESIMPULAN

  Saya amat berbesar hati kepada pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang kerana sudi menerima saya untuk menjalankan akiviti latihan industri dengan baik. Setelah enam bulan menjalankan latihan industri ini, banyak pengetahuan yang saya peroleh dan ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain kerana sesebuah pengetahuan baru amatlah penting bagi seseorang pelajar. Pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan dalam bidang pekerjaan kelak.

  Latihan industri ini amatlah disyorkan kepada pelajar pelajar yang ingin menamatkan pelajarannya di sesebuah institusi kerana latihan industri ini lah yang akan membantu kita semasa berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar-pelajar yang menjalankan aktiviti latihan industri dapat meneroka dunia pekerjaan yang sebenar sekaligus dapat menambah ilmu dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai pekerjaan.

  Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada syarikat Jabatan Kastam Pasir Gudang sekiranya saya ada melakukan sebarang kesalahan mahupun kekurangan semasa dua puluh minggu berada di sana. Saya juga ingin memohon maaf dan berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah bertungkus-lumus membantu saya menjalankan aktiviti latihan industri serta menyiapkan laporan akhir latihan industri ini.

  Segala salah dan silap mohon lah diampun dan serta halalkan makan dan minum saya semasa berada di sana. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa semua pihak yang membantu dan memberi sokongan kepada saya selama enam bulan ini.

  Diharapkan dengan aktiviti latihan industri ini saya dapat menggunakan segala ilmu yang diperoleh apabila sampai era pekerjaan nanti.

BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN :

  Setelah dua puluh mingggu menjalankan latihan industri di Jabatan Kastam Pasir Gudang, banyak ilmu dan pengalaman dapat saya peroleh dan boleh digunakan semasa bekerja selepas menamatkan pelajaran. Pihak pengurusan Jabatan Kastam Pasir Gudang telah banyak meberi tunjuk ajar dan pendapat dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

  Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari hari pertama memulakan latihan industri sehingga tamat adalah sangat berguna kepada seseorang pelajar seperti saya. ini kerana pengalaman serta pengetahuan ini boleh dibawa ke masa hadapan dalam suasana kerja nanti.


  Namun begitu,terdapat juga msalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang seperti masalah kehadiran, masalah kekurangan pekerja atau staf, masalah kerosakan pendingin hawa dan sebagainya.

CADANGAN :

  Di sini saya ingin mengemukakan sedikit cadangan yang mungkin dapat menjadikan syarikat Jabatan Kastam Pasir Gudang lebih effektif dan baik dan juga kepada pelajar.


SYARIKAT :
1) Tempat parkir untuk motosikal perlu ditambah supaya pengguna motosikal tidaklah meletakkan motosikalnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya bagi mengelakkan kecelakaan atau jenayah yang mungkin tidak akan disangka berlaku

2) Masalah kerosakkan penghawa dingin perlu diperbaiki supaya pekerja mahupun staf di pejabat pengurusan dapat menjalankan kerja-kerja dengan selesa.

3) Penambahan mesin fotostat perlu dilakukan supaya pekerja yang ingin menggunakannya tidak la perlu beratur panjang untuk menunggu giliran.

PELAJAR :
1) Memberi lebih banyak tugas-tugas yang berunsurkan kemahiran supya pelajar dapat mempraktikkan cara bekerja dengan lebih efektif dan cemerlang pada masa akan datang.

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

Tempat : Pejabat Kawalan

- Ceramah "Free Zone Information Processing System Manual" diadakan
- Data kemasukan lori dan kapal direkodkan ke dalam sistem.
- Maklumat penghantaran barang diasingkan mengikut nombor kapal, tarikh dan tempat.
- Borang salinan pertama, salinan kedua dan notis ketibaan kapal diasingkan.
- Maklumat pada borang salinan pertama direkodkan ke dalam buku rekod dan ke dalam system yang   telah ditetapkan. 
- Borang "Port Clearance" untuk salinan pertama disusun mengikut negeri masing-masing.



Tempat : Pejabat Pengurusan
- Maklumat-maklumat serta invois dan gaji pekerja dicop, disatukan dan disimpan didalam fail.
- Aktiviti HEKSA diadakan. 
- Setiap hari khamis, aktiviti bacaan Yaasin diadakan



Tempat : Import
- Maklumat kemasukan barang atau kemasukan lori dan kapal direkodkan ke dalam sistem yang telah   ditetapkan.



Tempat : Export
- Maklumat keluaran barang atau lori dan kapal direkodkan kedalam sistem yang telah ditetapkan.




BAB3 : RINGKASAN MINGGUAN

  Setiap minggu, saya ditugaskan oleh pihak pengurusan untuk menjalankan aktiviti latihan industri bermula jam 7:30 pagi sehingga 5:30 petang, untuk hari ahad hingga rabu, manakala pada hari khamis pula jam 7:30 pagi hingga 300 petang.

  Setiap minggu jadual tempat bekerja berubah mengikut tempat-tempat tertentu seperti di import, export, kawalan dan pengurusan.

  Kerja-kerja yang diberi tidaklah terlalu kasar  dan mudah untuk dilakukan. Setiap minggu, pengalaman dan ilmu baru dapat diperoleh dari kerja-kerja yang diberi.

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PASIR GUDANG

     
                                                                                                                                                                                                           Tn. Abdul Samat Bin Abdullah : Penolong Kanan Pengarah Kastam,
Ketua Kastam Stesyen Pasir Gudang


 Jabatan Kastam Pasir Gudang merupakan sebuah syarikat besar yang menguatkuasakan dan mengawal kemasukan dan keluaran lori atau kapal serta pengawalan cukai atau GST. Jabatan Kastam Pasir Gudang terbahagi kepada lima bahagian iaitu import, export, zon bebas (kawalan), pengurusan serta pelabuhan ferri.

  Ketua Kastam Pasir Gudang ialah Tuan Abdul Samat bin Abdullah. Beliau telah melakukan tugas dengan cemerlang dengan mendidik pekera-pekerja dan staff yang bekerja di dalam Jabatan Kastam Pasir Gudang dengan cemerlang.






VISI DAN MISI


VISI : PERKHIDMATAN KASTAM BERTARAF DUNIA


MISI : MEMUNGUT HASIL DAN MEMBERI FASILITASI PERDAGANGAN MELALUI
PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN UNDANG UNDANG BAGI MEMACU
PERTUMBUHAN EKONOMI, MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.




  PROGRAM EKSA JKDM PASIR GUDANG







Program 5 S

Perlaksanaa 5S dalam kerja seharian kita banyak memberi impak yang positif yang kita akan terima jika kita mengamalkannya
a)meningkatkan imej jabatan
b)mengurangkan rungutan pelanggan
c)meninggkatkan semangat berpasukan
d)penggunaan ruang kerja yang optium
e)memudahkan urusan penyelenggaraan
f)mewujudkan piawaian kerja yang jelas
g)kawalan stok atau inventori lebih berkesan
h)mengurangkan kos jabatan
i)tempat kerja lebih bersih, kemas dan rapi
j)persekitaran tempat kerja lebih selamat

Jadi marilah kita semua bersama-sama memanfaatkan amalan 5S ini di dalam kehidupan seharian kita tidak kira diaman jua kita berada.

- SISIH 
- SUSUN
-SAPU
-SERAGAM
-SENTIASA AMAL



















PENGHARGAAN

  Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi saya peluang untuk terus berdiri di atas muka bumi ini. Dengan izin Allah, dengan berkat dan doa dari semua orang saya dapat menamatkan latihan industri yang dijalankan selama 20 minggu.   


 Setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan latihan industri di jabatan kastam pasir gudang dengan lancar. 


  Tidak ketinggalan juga kepada setiap individu yang membantu mengurus dan membentu saya 
menyelesaikan setiap masalah semasa menjalankan latihan industri.


  Selebihnya, saya ingin berteima kasih kepada setiap pensyarah yang turut membantu saya dalam menjalankan latihan industri ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakanrakan yang turut memberi sokongan dan dorongan untuk menjalankan latihan industri ini dengan sempurna. 

BAB 1 : PENGENALAN


PENGENALAN



 Latihan industri merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar politeknik di seluruh Malaysia. Latihan industri sangat penting bagi seseorang pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan dan merupakan salah satu syarat untuk mendapat diploma.


Setiap pelajar akan diberi peluang untuk menjalankan latihan industri mengikut tempat pilihan masing-masing. Selama enam bulan menjalankan latihan industri, pelajar dapat merasai suasana pekerjaan serta mendapat pengalaman bekerja. 


  Latihan industri juga sangat penting bagi seeorang yang tiada pengalaman bekerja kerana dengan menjalani latihan industri, seseorang itu dapat merasai dan secara tidak langsung dapat melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. 

  Latihan industri dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja mahunpun menyelesaikan sebarang masalah.



1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dalam membua sesuatu pekerjaan.

- Memberi peluang kepada pelajar untuk berada di dalam dunia pekerjaan.
- Melahirkan perasaan tanggungjawab yang tinggi dalam diri seseorang.
- Menambahkan keyakinan seseorang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.



1.2 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar perlu menyiapkan satu laporan lengkap mengenai latihan industri. Hal ini kerana dengan membuat laporan latihan industri, pelajar dapat menerangkan atau menghuraikan aktiviti-aktiviti mahupun pekerjaan yang dilakukan semasa menjalani latihan industri dengan lebih terperinci.



1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang sedia maklum, latihan industri merupakan salah satu syarat yang wajib bagi seseorang pelajar untuk mendapatkan diploma masing-masing selain daripada mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran.

  Pelajar juga dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam espek pekerjaan kerana ilmu-ilmu yang diperoleh semasa menjalani latihan industri adalah sangat penting bagi setiap pelajar.