Sunday, April 17, 2016

BAB 1 : PENGENALAN


PENGENALAN



 Latihan industri merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar politeknik di seluruh Malaysia. Latihan industri sangat penting bagi seseorang pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan dan merupakan salah satu syarat untuk mendapat diploma.


Setiap pelajar akan diberi peluang untuk menjalankan latihan industri mengikut tempat pilihan masing-masing. Selama enam bulan menjalankan latihan industri, pelajar dapat merasai suasana pekerjaan serta mendapat pengalaman bekerja. 


  Latihan industri juga sangat penting bagi seeorang yang tiada pengalaman bekerja kerana dengan menjalani latihan industri, seseorang itu dapat merasai dan secara tidak langsung dapat melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. 

  Latihan industri dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja mahunpun menyelesaikan sebarang masalah.



1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dalam membua sesuatu pekerjaan.

- Memberi peluang kepada pelajar untuk berada di dalam dunia pekerjaan.
- Melahirkan perasaan tanggungjawab yang tinggi dalam diri seseorang.
- Menambahkan keyakinan seseorang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.



1.2 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar perlu menyiapkan satu laporan lengkap mengenai latihan industri. Hal ini kerana dengan membuat laporan latihan industri, pelajar dapat menerangkan atau menghuraikan aktiviti-aktiviti mahupun pekerjaan yang dilakukan semasa menjalani latihan industri dengan lebih terperinci.



1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang sedia maklum, latihan industri merupakan salah satu syarat yang wajib bagi seseorang pelajar untuk mendapatkan diploma masing-masing selain daripada mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran.

  Pelajar juga dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam espek pekerjaan kerana ilmu-ilmu yang diperoleh semasa menjalani latihan industri adalah sangat penting bagi setiap pelajar.




No comments:

Post a Comment