Sunday, April 17, 2016

BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN :

  Setelah dua puluh mingggu menjalankan latihan industri di Jabatan Kastam Pasir Gudang, banyak ilmu dan pengalaman dapat saya peroleh dan boleh digunakan semasa bekerja selepas menamatkan pelajaran. Pihak pengurusan Jabatan Kastam Pasir Gudang telah banyak meberi tunjuk ajar dan pendapat dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

  Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari hari pertama memulakan latihan industri sehingga tamat adalah sangat berguna kepada seseorang pelajar seperti saya. ini kerana pengalaman serta pengetahuan ini boleh dibawa ke masa hadapan dalam suasana kerja nanti.


  Namun begitu,terdapat juga msalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang seperti masalah kehadiran, masalah kekurangan pekerja atau staf, masalah kerosakan pendingin hawa dan sebagainya.

CADANGAN :

  Di sini saya ingin mengemukakan sedikit cadangan yang mungkin dapat menjadikan syarikat Jabatan Kastam Pasir Gudang lebih effektif dan baik dan juga kepada pelajar.


SYARIKAT :
1) Tempat parkir untuk motosikal perlu ditambah supaya pengguna motosikal tidaklah meletakkan motosikalnya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya bagi mengelakkan kecelakaan atau jenayah yang mungkin tidak akan disangka berlaku

2) Masalah kerosakkan penghawa dingin perlu diperbaiki supaya pekerja mahupun staf di pejabat pengurusan dapat menjalankan kerja-kerja dengan selesa.

3) Penambahan mesin fotostat perlu dilakukan supaya pekerja yang ingin menggunakannya tidak la perlu beratur panjang untuk menunggu giliran.

PELAJAR :
1) Memberi lebih banyak tugas-tugas yang berunsurkan kemahiran supya pelajar dapat mempraktikkan cara bekerja dengan lebih efektif dan cemerlang pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment