Sunday, April 17, 2016

PENGHARGAAN

  Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi saya peluang untuk terus berdiri di atas muka bumi ini. Dengan izin Allah, dengan berkat dan doa dari semua orang saya dapat menamatkan latihan industri yang dijalankan selama 20 minggu.   


 Setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan latihan industri di jabatan kastam pasir gudang dengan lancar. 


  Tidak ketinggalan juga kepada setiap individu yang membantu mengurus dan membentu saya 
menyelesaikan setiap masalah semasa menjalankan latihan industri.


  Selebihnya, saya ingin berteima kasih kepada setiap pensyarah yang turut membantu saya dalam menjalankan latihan industri ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakanrakan yang turut memberi sokongan dan dorongan untuk menjalankan latihan industri ini dengan sempurna. 

No comments:

Post a Comment