Saya amat berbesar hati kepada pihak Jabatan Kastam Pasir Gudang kerana sudi menerima saya untuk menjalankan akiviti latihan industri dengan baik. Setelah enam bulan menjalankan latihan industri ini, banyak pengetahuan yang saya peroleh dan ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain kerana sesebuah pengetahuan baru amatlah penting bagi seseorang pelajar. Pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan dalam bidang pekerjaan kelak.
Latihan industri ini amatlah disyorkan kepada pelajar pelajar yang ingin menamatkan pelajarannya di sesebuah institusi kerana latihan industri ini lah yang akan membantu kita semasa berada dalam alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar-pelajar yang menjalankan aktiviti latihan industri dapat meneroka dunia pekerjaan yang sebenar sekaligus dapat menambah ilmu dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai pekerjaan.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada syarikat Jabatan Kastam Pasir Gudang sekiranya saya ada melakukan sebarang kesalahan mahupun kekurangan semasa dua puluh minggu berada di sana. Saya juga ingin memohon maaf dan berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah bertungkus-lumus membantu saya menjalankan aktiviti latihan industri serta menyiapkan laporan akhir latihan industri ini.
Segala salah dan silap mohon lah diampun dan serta halalkan makan dan minum saya semasa berada di sana. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa semua pihak yang membantu dan memberi sokongan kepada saya selama enam bulan ini.
Diharapkan dengan aktiviti latihan industri ini saya dapat menggunakan segala ilmu yang diperoleh apabila sampai era pekerjaan nanti.
No comments:
Post a Comment